Pusat Siber

Pusat Siber Rakan Muda Bentong

Jawatan Kosong : Penyelia Pusat Siber

Posted by Pusat Siber Rakan Muda On Tuesday, November 23, 2010 0 comments

Pusat Siber daerah Bentong memerlukan seorang penyelia untuk pusat siber.

  • Gaji RM 600
  • Berumur 18 tahun keatas
  • Berkemahiran didalam komputer serta rangkaian komputer
  • Bekerja 5 hari seminggu
Sekiranya berminat, sila hadir ke Pejabat Belia dan Sukan daerah Bentong. Sila membawa sijil sijil berkaitan serta resume dan gambar.

Fiesta Gempak Ramadhan

Posted by Pusat Siber Rakan Muda On Wednesday, August 11, 2010 2 comments

Smart Event Management akan menganjurkan Fiesta Gempak Ramadhan di Berjaya Megamall Kuantan pada 19hb August hingga 9hb September 2010 dari 10pagi sehingga 10malam.

Terdapat pelbagai jenis gerai jualan seperti makanan, pakaian, aksessori dan lain- lain. Kami juga akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti malam amal, pertunjuk fesyen dan banyak lagi.

Tarikh : 19-Aug-2010 - 9-Sep-2010

Masa : 10.00Am - 10.00 Pm

lokasi : Berjaya Megamall Kuantan

Remaja dan sikap terbuka

Posted by Pusat Siber Rakan Muda On Sunday, August 1, 2010 0 comments

KETERBUKAAN tidak sama dengan fahaman liberal. Liberal tidak menjadikan agama dan nilainya sebagai pedoman. Ia berasaskan pendekatan empiris (logik akal) dan tidak mengambil pertimbangan al-Quran sebagai sandaran.

Keterbukaan bermakna kita memperkongsi perkara-perkara yang baik dan bermanfaat daripada sumber tamadun, budaya dan tradisi lain yang sifatnya menyumbang.

Apabila para sahabat mencadangkan kepada Nabi SAW supaya tawanan perang Badar yang mahir membaca dan menulis mengajar anak-anak orang Islam sebagai syarat pembebasan mereka, baginda menyetujuinya.

Dikatakan 17 anak-anak Islam yang belajar membaca dan menulis. Ini menunjukkan keterbukaan dan kebijaksanaan baginda membawa manfaat kepada anak-anak Islam ketika itu, walaupun daripada tawanan perang.

Al-Biruni seorang tokoh ilmuwan Islam yang unggul mempelajari bahasa Hindi apabila menjelajah India. Hasil penguasaan bahasa itu, beliau mendapat ilmu dan maklumat mengenai matematik, sains dan perubatan. Kemudiannya ilmu itu diolah supaya selari dengan syarak dan menjadi sebahagian daripada khazanah ilmu kita.

Tamadun Cina sejak awal lagi menghasilkan kertas, mesin cetak dan bahan kimia. Ia amat bermanfaat bagi orang Islam merakamkan al-Quran dan menghasilkan sebuah mushaf (kitab).

Ini menunjukkan keterbukaan Islam dalam tradisi Islam terhadap ilmu-ilmu berbanding yang menyumbang dan bermanfaat dari Barat serta tamadun lain.

Keterbukaan bagi remaja tidak harus menganggap yang Barat itu segala-galanya. Kekaguman kita terhadap kemajuan dan kemodenan mereka harus diiringi keupayaan menyaring supaya sesuatu yang bermanfaat memberi manfaat yang tinggi.

Golongan remaja amat terdedah untuk meneroka ilmu pengetahuan daripada segala benua dan tamadun. Bersikap terbuka kepada hal-hal yang positif menyumbang dan bermanfaat setelah sekian lama menjadi resmi dalam pembangunan tamadun Islam.

Bersikap terbuka bukan bermakna kita menerima apa sahaja daripada mana-mana budaya dan tamadun.

Mengambil ilmu dari Barat dan Timur harus selari dengan kepentingan nilai-nilai Islam yang mendukung kesejahteraan manusia dan keadilan sejagat.

Namun, dalam masa yang sama, remaja tidak wajar bersikap tertutup dalam lingkungan berfikir terbatas sehingga tidak mampu mengolah perubahan zaman.

Perubahan bagi sesuatu zaman harus didukung nilai-nilai yang sifatnya fitrah. Walaupun teknologi berkembang dalam keadaan yang luar biasa, ia selamanya dilihat sebagai alat, bukan matlamat.

Ia digunakan berasakan pertimbangan yang baik dan memberi kebaikan. Usaha membangunkan teknologi tinggi mesti diimbangi dengan sentuhan keinsanan yang tinggi.

Gajet Apple digilai dunia

Posted by Pusat Siber Rakan Muda On 1 comments


SETIAP kali syarikat elektronik terkenal Apple Inc. menampilkan gajet terbaru mereka, boleh dikatakan satu dunia akan 'histeria'. Pastinya akan berlaku kesesakan dengan orang ramai sanggup berbaris panjang demi menjadi yang pertama memilikinya.

Ia seolah-olah telah menjadi satu fenomena. Semuanya gara-gara peminat setia jenama pengkomputeran gergasi itu yang tidak mahu melepaskan peluang menjadi antara pemilik pertama memperoleh produk yang ditawarkan.

Melihat senario di Malaysia pula, belum pun sesuatu produk keluaran syarikat berkenaan memasuki pasaran negara, ramai yang telah berdiskusi dan memberi pendapat mengenainya.

Tidak kiralah sama ada memuji mahu pun mempertikaikan kekurangannya. Apa yang pasti, cerita gajet-gajet Apple Inc. ini memang tidak pernah sunyi. Ia sering diperkatakan oleh pengikut setia peranti elektronik moden.

Begitulah hebatnya kesan gelombang teknologi yang dibawakan oleh syarikat berusia lebih 30 tahun itu.

Berpangkalan di California, Amerika Syarikat, antara produk yang pernah dihasilkan adalah daripada rangkaian perkakasan pengkomputeran, perisian, pemain media mudah alih, telekomunikasi dan aplikasi.

Kesemuanya mempunyai keunikan tersendiri dan didatangkan dalam pakej yang menarik perhatian daripada segi fungsi dan juga rekaannya.

Dengan segala kelebihan itu, ia bukan sahaja memudahkan urusan serta aktiviti harian pengguna tetapi juga melengkapkan trend penggunaan gajet moden yang segar dan eksklusif.

Maka, tidak hairanlah sehingga suku ketiga tahun ini sahaja, Apple Inc. telah berjaya mencatatkan jualan memberangsangkan bagi kesemua produk syarikat berkenaan.

Menjejak kembali evolusi perkembangan peranti pengkomputerannya, ia telah melalui pelbagai peringkat pembangunan pada sekitar tahun 1970-an dan 1980-an.

Sehingga pada tahun 1998, syarikat berkenaan telah memperkenalkan peranti komputer meja semua dalam satu Macintosh yang pertama dikenali sebagai iMac.

Lanjutan daripada itu, produk tersebut kemudiannya mendapat sentuhan peningkatan dan penambahbaikan dari segi kualiti, reka bentuk dan sistem operasinya, maka lahirlah beberapa siri iMac terbaru seperti iMac G3, iMac G4 dan iMac G5.

Antara tarikan lain yang terdapat pada produk-produk Apple Inc., ia didatangkan bersama aplikasi-aplikasi sokongan untuk kemudahan operasinya seperti Apple Store, iTunes Store, sistem operasi Mac OS dan perisian-perisian profesional untuk pelbagai fungsi. Berikut ditampilkan beberapa gajet keluaran Apple Inc. yang semakin menjadi kegilaan pengguna di seluruh dunia terutama golongan remaja.