Pusat Siber Rakan Muda Bentong

Tiada sasaran pada Olimpik Remaja

Posted by Pusat Siber Rakan Muda On Wednesday, July 28, 2010 0 comments

KUALA LUMPUR - Pungutan pingat bukan sasaran utama kontinjen Malaysia yang akan menyertai Sukan Olimpik Remaja di Singapura pada 14 hingga 26 Ogos ini.

Tidak seperti temasya sukan yang lain, kehadiran 13 atlet negara ke kejohanan itu lebih bersifat untuk memberi pendedahan di peringkat antarabangsa.

Ketua Kontinjen Malaysia, Lim Keng Liat berkata, pihaknya tidak mahu meletakkan sebarang tekanan kepada atlet muda negara.

Katanya, paling utama adalah penyertaan mereka pada kejohanan tersebut.

''Kita tidak mahu memikirkan sangat mengenai pungutan pingat atau pun warna pingat yang bakal diraih, apatah lagi kejohanan ini pertama kali diadakan, jadi sukar meramalkan peluang atlet kita,'' katanya pada sidang akhbar, semalam.

Hadir sama Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Ahmad Shapawi Ismail.

Walaupun, tidak mensasarkan sebarang kutipan pingat, menurut Keng Liat, pihaknya menjangkakan acara-acara seperti badminton, terjun dan sukan layar, berpotensi untuk memberikan pingat.

Jelasnya, penyertaan atlet negara hanya melibatkan enam sukan daripada 26 acara yang dipertandingkan.

''Sukan yang kita sertai ialah pelayaran, angkat berat, olahraga, badminton, akuatik serta gimrama,'' ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Shapawi berkata, kejohanan tersebut tidak memaparkan kedudukan pingat seperti mana kebiasaan temasya-temasya sukan yang lain.

''Selain acara sukan, para peserta akan dibawa mendekati bidang seni dan kebudayaan negara-negara peserta, selain program yang melibatkan eksplorasi,'' katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai status kecederaan atlet terjun negara, Pandalela Rinong, Ahmad memberitahu, setakat ini, pihaknya dimaklumkan kecederaan yang atlet itu begitu serius sehingga menjejaskan persiapan ke Sukan Olimpik Remaja.

Tambah beliau, atlet kelahiran Sarawak itu kini berada di Kunming, China bagi mengikuti program latihan pada altitud tinggi.

YUNA 'DECORATE'

Posted by Pusat Siber Rakan Muda On Wednesday, July 21, 2010 4 comments

You've seen her perform everywhere; from small coffehouses to jazz bars to DIY gigs to the stage at Anugerah Juara Lagu.



Yuna the accidental singer-songwriter from Subang Jaya, Selangor, has come a long way and is now back with a full-length album. After releasing her self-titled EP in 2008, Yuna introduces 'Decorate' a compilation of some of her favourite songs she wrote over the years, enabling her to share something more than what people knew of her from 'Dan Sebenarnya'.

Supported by her band, fans are invited to join her in this 'story-telling' session where she will be showcasing some of her earliest songs as well as new materials that she has brought back from an intensive songwriting period in L.A.

Watch Yuna as she changes her colours, as all good chameleons do, from danceable materials to darker ones and be dazzled by her performance.

www.myspace.com/yunaroomrecords

Venue : Pentas 1 Duration : 23 - 24 July 2010
Category : Concert Price : RM60

Sukan Sakan D'Konvo Pesta Konvokesyen UKM

Posted by Pusat Siber Rakan Muda On 0 comments

Tarikh : 24-Jul-2010 - 25-Jul-2010
Hari di dalam minggu : Sunday, Saturday
Penonton sasaran : General Audience
Masa : 8.30 am - 6.30 pm
Lokasi : Padang dan Kompleks Sukan
Individu untuk dihubungi : Nurdiniefitri Mohamad Noor
Nombor Telefon : 019-4725351
E-mel : sukan_pkonvo@yahoo.com
Laman Web : http://pkukmweb.ukm.my/~pkonvo38/default.htm

Tema ialah ~Generasi Sihat,Generasi Gemilang~. Objektif program ialah mewujudkan masyarakat yang boleh bekerjasama dan melahirkan masyarakat yang cerdas akal fikiran dan cergas tubuh badan. 4 jenis sukan dilaksanakan iaitu futsal,bola jaring, bola keranjang dan tarik tali.Tarikh tutup penyertaan ialah 17 Julai 2010.Hadiah berjumlah RM11000.

Youth 10 : Best Participant in Extreme Street Dance

Posted by Pusat Siber Rakan Muda On Monday, July 19, 2010 2 comments