Pusat Siber Rakan Muda Bentong

Kejohanan Sukan Mempertahankan Diri Kebangsaan 2010

Posted by Pusat Siber Rakan Muda On Thursday, July 15, 2010 0 comments

Kejohanan Sukan Mempertahankan Diri Kebangsaan 2010 kali ke-12 anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri akan diadakan selama empat (4) hari bermula pada 22 hingga 25 Julai 2010 bertempat di Ipoh, Perak.

Pelaksanaan kejohanan dijalankan secara bersepadu dengan pengelolaan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan penglibatan beberapa agensi kerajaan, swasta, organisasi sosial dan Persatuan Bela Diri di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Penyertaan kejohanan terbuka kepada pertubuhan atau Persatuan Sukan Bela Diri yang mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) negeri gabungan atau cawangan peringkat negeri dan sebanyak dua belas (12) disiplin seni bela diri layak untuk menyertai kejohanan ini.

Terdapat dua belas (12) pertubuhan dan persatuan yang layak menyertai Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan ini, antaranya ialah Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Gayong Fatani Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Cekak Malaysia, Persatuan Wushu Malaysia, Persatuan Silambam Malaysia, Persekutuan Taekwondo Antarabangsa Malaysia dan lain-lain lagi.

No comments: