Pusat Siber Rakan Muda Bentong

KOMPLEKS RAKAN MUDA PULAU PINANG PUSAT TUMPUAN AKTIVITI BELIA

Posted by Pusat Siber Rakan Muda On Thursday, July 15, 2010 0 comments

SEBERANG PERAI - Menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur dan kemudahan riadah serta bersukan, Kompleks Rakan Muda Pulau Pinang menjadi tumpuan dan pusat pertemuan sosial serta budaya untuk melaksanakan aktiviti mahupun program di bawah Gaya Hidup Rakan Muda.

Terletak di tengah-tengah pekan Seberang Perai dengan kemudahan pengangkutan awam, tidak menyukarkan komuniti remaja dan belia mahupun masyarakat sekeliling untuk datang memanfaatkan segala kemudahan yang telah disediakan.

Kompleks yang siap dibina pada tahun 2002 ini menyediakan kemudahan am seperti asrama dan bilik penginapan, dewan besar, dewan makan, bilik mesyuarat, bilik seminar, pentas terbuka, Pusat Siber Rakan Muda, surau dan banyak lagi.

Manakala bagi kemudahan sukan pula, tersedia lengkap dengan gelanggang bola tampar, gelanggang futsal, gelanggang bola jaring, gelanggang badminton dan pelbagai lagi kemudahan gelanggang sukan yang lain.

Paling menarik adalah kemudahan sukan bagi penggemar aktiviti lasak seperti Wall Climbing Bouldering dan gelanggang X-Game bagi sukan skate board.

Tidak mengenakan bayaran yang mahal, mereka yang berminat untuk menggunakan kemudahan yang disediakan di kompleks ini hanya perlu mengisi borang yang disediakan di Pejabat Pengurusan dengan caj sewaan yang sangat berpatutan

Sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti dan program sepanjang tahun, mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan program atau aktiviti yang dianjurkan, boleh menghubungi kakitangan bertugas di talian 04-5824380. Maklumat juga boleh didapati di kaunter perkhidmatan Kompleks Rakan Muda Pulau Pinang mahupun di negeri-negeri lain yang turut menyediakan kemudahan yang sama.

No comments: